• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

319 Calon SPM Terjejas Banjir Di Terengganu Dipindahkan Ke Sekolah Lain

oleh Mohd Arshad
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU: Seramai 319 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Terengganu telah dipindahkan ke sekolah lain yang sesuai untuk memastikan mereka dapat mengambil peperiksaan itu dengan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahri Mamat berkata mereka adalah pelajar empat sekolah iaitu tiga di daerah Hulu Terengganu dan sebuah di Kemaman.

Di Hulu Terengganu, seramai 131 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dipindahkan ke SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu manakala 63 pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Hulu Terengganu dipindahkan ke SM Imtiaz Kuala Terengganu dan 41 calon Madrasah Moden Hulu Terengganu dipindahkan ke SMA Khairiah di Kuala Terengganu.

“Di Kemaman pula, 84 calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih dipindahkan ke SMK Cheneh Bharu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Seramai 18,815 calon SPM 2021 akan menduduki peperiksaan itu di 170 pusat di seluruh Terengganu bermula esok.

Ditanya kekangan yang mungkin dihadapi calon SPM terbabit seperti tidak memakai uniform sekolah, Satiful Bahri berkata mereka diberi kelonggaran khas kerana sedang ditimpa musibah.

“Kalau pakaian sekolah semua tenggelam kerana tidak sempat diselamatkan, mereka boleh hadir dengan berpakaian sopan kerana yang penting calon hadir untuk menduduki peperiksaan.

“Saya difahamkan pihak sekolah pun menyediakan pakaian sekolah serta alat tulis agar semua calon SPM yang terjejas banjir dapat mendudukinya dengan tenang dan selesa,” katanya.

Bernama-

Tags: BanjirkemamanSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd