• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WARISAN Putuskan Sertai PRN Johor Minggu Depan

oleh AK-47
07/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan memuktamadkan isu penyertaan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan.

Naib Presidennya, Datuk Junz Wong, berkata perkara itu akan diumumkan Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas menilai laporan penilaian keperluan menyertai PRN Johor.

“Laporan penilaian itu akan saya siapkan pada Isnin depan dan akan dinilai Presiden WARISAN sebelum keputusan muktamad seterusnya pengumuman akan dibuat.

“Presiden akan berada di Johor Bahru pada 15 Februari ini untuk pelancaran rasmi WARISAN Johor. Mungkin pengumuman penyertaan pada PRN Johor akan dibuat pada tarikh pelancaran itu nanti atau beberapa hari sebelum program terbabit diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima borang keahlian daripada 300 bekas ahli BERSATU Tanjung Piai diketuai bekas setiausahanya, Hishamuddin Busri di Pekan Nanas di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Junz berkata WARISAN masih belum didekati oleh mana-mana wakil Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan kerjasama pada PRN Johor kali ini.

“Sekiranya WARISAN sah menyertai PRN Johor, parti tidak mahu bertembung dengan PH dan hanya berminat untuk memberikan pilihan alternatif kepada pengundi Johor,” katanya.

Semalam, media melaporkan Ketua Wira WARISAN , Datuk Mohd Azis Jamman memberi bayangan parti itu sah menyertai PRN Johor dengan kerjasama Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Beliau dilaporkan berkata perkara itu bakal diumumkan Mohd Shafie bersama Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam masa terdekat.

-Berita Harian

Tags: PRN Johorwarisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd