Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Ditahan Kes...

ALOR SETAR - Seorang koperal polis ditahan berhubung kes seorang lelaki mati akibat...

Bicara Kes Saman Jurucakap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 28 Nov...

Pendaki Cedera Dipanah Petir...

KUANTAN - Seorang pendaki yang cedera selepas dipanah petir semasa mendaki Gunung Rajah...

Buka Akaun Luar Negara:...

KUALA LUMPUR - "Boss (Najib) will take care", kata ahli perniagaan dalam buruan,...

Warga Malaysia IQ Rendah Bakal Jalani Hukuman Gantung Di Singapura

KUALA LUMPUR – Pausi Jefridin, seorang warga Malaysia dari Sabah yang mempunyai tahap IQ rendah dijadualkan menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan.

Selain Pausi, seorang warga Singapura, Roslan Bakar akan turut menjalani hukuman mati pada 16 Februari.

Menurut Kirsten Han, wartawan Singapura yang mengikuti rapat kes berkenaan, ahli keluarga Pausi dan Roslan hanya dimaklumkan mengenai tarikh penggantungan itu pada 9 Februari lalu.

Meskipun berdepan kesukaran untuk memasuki Singapura, namun difahamkan ahli keluarga Pausi kini berada di negara itu.

Pausi dan Roslan didapati bersalah menyeludup dadah jenis diamorfin seberat 96.07g dan methamphetamine seberat 76.37g pada 2010.


Menurut kenyataan oleh Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN), walaupun Pausi didiagnos sebagai kurang upaya intelektual dengan IQ pada tahap 67, namun masalah keupayaan itu ditolak hakim mahkamah.

Penghakiman menyatakan bahawa “tahap IQ yang rendah bukan bukti keabnormalan minda”.

Sebelum ini, seorang lagi warga Malaysia dengan IQ rendah, Nagaenthran K Dharmalingam, turut berdepan dengan hukuman mati pada 10 November 2021, namun diberi penangguhan pelaksanaan (stay of execution) oleh Mahkamah Rayuan dan bakal berdepan proses rayuan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori