• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Sesuaikan Diri Dengan Landskap Politik Baharu – Shahril Suffian

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, tidak boleh terus selesa sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan landskap politik baharu susulan kemunculan pelbagai parti ketika ini.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata kehadiran parti politik baharu seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak boleh dipandang ringan sebaliknya UMNO perlu mencari strategi yang sesuai bagi memastikan ia terus kekal relevan dalam kalangan generasi muda.

“Memang kita mengiktiraf dan mengambil serius, tidak boleh pandang enteng dengan parti lain kerana ada tarikan daripada mereka termasuk MUDA… UMNO kena sesuaikan dengan landskap baharu ini.

“Ada pihak beranggapan parti baharu tiada akar umbi dan tiada ahli pusat tetapi dalam politik baharu ini, parti yang tiada ahli ramai pun atau tiada rangkaian hebat pun mempunyai kelompok undi yang kita tak boleh pandang ringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika sesi santai bersama pengamal media yang akan bertugas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi UMNO dalam berdepan saingan terutama parti baharu termasuk MUDA pada PRN Johor.

Pada 29 Jan lepas, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding pada PRN Johor.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pemilih berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18 sekali gus menjadi cabaran kepada parti yang bertanding.

Mengulas persiapan Penerangan UMNO pusat dalam mendepani PRN Johor, Shahril Sufian berkata pihaknya akan melihat garis panduan berkempen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Macam di Melaka, kita sudah pelajari sesuatu dan untuk PRN kali ini, situasinya sedikit berbeza. Sudah tentu kita akan fokuskan kepada penerangan mengenai isu semasa dan bagaimana memenangi semula pengundi atas pagar.

“Kita juga akan tunggu prosedur operasi standard oleh Kementerian Kesihatan… di Melaka agak ketat, cuma kalau boleh memang kita mahu ada kelonggaran (berkempen) untuk (PRN) kali ini di Johor,” katanya.

SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini.

Bernama-

Tags: BNmudaPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Jualan Prihatin PN Atau Program Jualan Prihatin Kerajaan?

Next Post

BERSATU Diminta ‘Jaga Tepi Kain Sendiri’

Related Posts

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

UMNO Sudah Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul

31/05/2025
0

SERIAN: UMNO sudah menerima surat peletakan jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz....

Next Post

BERSATU Diminta 'Jaga Tepi Kain Sendiri'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd