Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Sayang Saya Terhadapnya Tak...

SEMALAM, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah telah dijatuhkan...

KDN Terima 8,418 Permohonan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri menerima 8,418 permohonan Program Penggajian dan Penempatan Semula...

“Ibu Saya Tiada Duit...

HATI kami cukup tersentuh tatkala membaca kisah seorang murid perempuan Tahun Satu yang...

UPSR: Tiada Guru Pahang...

KUANTAN - Jabatan Pendidikan Pahang menafikan ada guru di negeri ini yang membocorkan...

Tujuh Pegawai MARA Diambil Keterangan

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan tujuh individu semalam bagi membantu siasatan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keterangan kesemua saksi itu diambil bagi mendapatkan penjelasan beberapa dokumen yang diperolehi SPRM pada Isnin lalu.

Kata beliau, mereka yang dipanggil meliputi kakitangan daripada Mara, Mara Corporation (Mara Corp.) dan sebuah syarikat setiausaha korporat yang terlibat.

“Setakat ini, kita masih belum memanggil lima pegawai kanan yang dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa itu.

“Kes ini tidak begitu rumit memandangkan kita hanya perlu meneliti dokumen dan tidak perlu melihat aliran tunai (money trail) mereka terlibat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azam memberitahu, beberapa saksi lain turut akan dipanggil hari ini.


Semalam, Azam ketika ditemui Utusan Malaysia mengesahkan beberapa saksi akan dipanggil mereka hari ini.

Kata Azam, pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima aduan terdapat dakwaan pegawai MARA telah menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun dan sebagainya yang tidak sepatutnya diperolehi.

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, maknanya kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai badan awam iaitu salah guna kuasa untuk faedah diri sendiri.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori