• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Aduan Mengenai Zuraida

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin BERSATU belum menerima aduan rasmi berhubung dakwaan ‘tindakan meragukan’ Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin yang dikatakan terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pengerusinya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata pentadbiran BERSATU atau mana-mana bahagian parti itu perlu menghantar aduan secara bertulis kepada Lembaga Disiplin, sebelum pihaknya memutuskan tindakan lanjut.

“Lembaga perlu mendapat aduan secara bertulis seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Jika tidak terima laporan atau aduan, bagaimana kita hendak bertindak?” katanya kepada BH.

Kelmarin, Ahli MPT BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman, berkata parti itu sedang menyiasat dakwaan ‘tindakan meragukan’ oleh Zuraida yang dikatakan terbabit dengan PBM.

Isu mengenai Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dibangkitkan ketika Mesyuarat MPT parti 25 Januari lalu, yang antara lain menyentuh kemungkinan beliau perlu dipecat kerana pembabitannya dengan PBM.

Megat Najmuddin menjelaskan, situasi adalah berbeza jika Zuraida keluar BERSATU, yang mana Lembaga Disiplin parti tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.

“Jika beliau keluar parti, Lembaga Disiplin tidak boleh berbuat apa-apa. Jika ada aduan daripada pihak MPT atau ahli MPT barulah kita boleh melakukan siasatan,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas desus Zuraida akan menerajui PBM dan pada 12 Disember tahun lalu lalu, Ahli Parlimen Ampang itu dilaporkan mengakui sedia mempertimbangkan pelawaan mengetuai PBM.

Bagaimanapun, pada 3 Januari lalu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dipilih sebagai Presiden PBM dalam Mesyuarat Khas Persidangan Agung yang diadakan parti itu.

Sementara itu di Muar, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata hingga kini Zuraida masih kekal bersama parti itu dan semua pihak diminta menanti pengumuman rasmi mengenainya.

“Pelbagai spekulasi mengenai Zuraida. Pada pandangan (saya) sebagai Ketua Penerangan parti, isu (spekulasi berkenaan Zuraida keluar BERSATU dan menyertai PBM) dibincang dalam mesyuarat kita (dan isu berkenaan) kekal dalam mesyuarat (tidak dihebahkan).

“Lebih baik kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya.

BHonline-

Tags: BERSATUDatuk Zuraida KamaruddinPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd