Seperti biasa bekas menteri Kerajaan Pakatan Pakatan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pusing cerita.
Tiada siapa pertikai dia mahu bantu orang ramai. Bantulah. Memang dia wajib bantu sebagai wakil rakyat.
Wakil rakyat lain pun membantu orang ramai di kawasan masing-masing seperti Syed Saddiq.
Tetapi rata-rata mereka tidak buat sidang media, ambil gambar, buat video dan hentam pihak lain.
Ramai lagi termasuk NGO dan Abang Viva pun membantu, tetapi tidak kecoh yang amat.
Lagipun kita faham. Wakil rakyat memang perlu bantu untuk raih sokongan dan undi.
Isu yang dibangkitkan di media sosial adakah Syed Saddiq terima dana daripada taikun-taikun?
Taikun-taikun itu pula taikun yang bagaimana? Perlu diketahui kerana ini tentang hal termakan budi.
Mungkinkah taikun-taikun terbabit mempunyai agenda tertentu tiada siapa yang tahu.
Mungkin juga beribu akaun penderma, tetapi dananya daripada taikun yang sama wallahualam bissawab.
Taikun yang terdedah pula yang pernah dituduh ada kaitan dengan parti politik tertentu.
Netizen khuatir jika parti MUDA rupa-rupanya “camouflage” untuk agenda taikun-taikun.
Jadi mengapa perlu ‘corner baring’ cerita konon dikritik kerana mahu bantu orang Muar.
Bantulah. Terima kasih tetapi ada persoalan yang tidak dijawab. Sama seperti dua persoalan sebelum ini.
Sama ada penduduk DUN Tiram berbohong kepada Syed Saddiq assalamualaikum, da jia hao, eppadi irukinge vanakam?
Dan mengapa hasil audit terhadap dana diterima Syed Saddiq assalamualaikum, da jia hao, eppadi irukinge vanakam masih belum didedahkan kepada umum?
-Mynewshub