Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Apa Releven CNN Tiba-Tiba...

AGAK memeranjatkan apabila CNN dalam program popularnya menyiarkan temubual eksklusif dengan wartawan Norway mengenai...

Pengantin Ajak Tetamu Menari,...

TERBAIK... Video pasangan pengantin dari Florida, Amerika Syarikat ini ternyata sesuatu yang sangat...

Shell Jamin Tiada Gangguan...

SHAH ALAM - Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak...

TMJ Minta Kerajaan Kaji...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya kerajaan...

SUHAKAM Minta Pelan Tindakan Perniagaan, Hak Asasi Manusia Dipercepat

KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang akan meletakkan tanggungjawab ke atas entiti perniagaan untuk menghormati hak asasi manusia.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam kenyataan hari ini berkata, NAPBHR membolehkan isu buruh ditangani dan akauntabiliti amalan perniagaan kepada manusia serta alam diberi perhatian.

Katanya, pelan itu harus teguh mengikut prinsip panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP).

“SUHAKAM menzahirkan kebimbangan terhadap isu berpanjangan buruh paksa di Malaysia yang mendapat laporan meluas media tempatan dan luar negara.

“Buruh paksa adalah pencabulan hak asasi manusia yang serius dan melanggar Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang melarang segala bentuk perhambaan dan kerja paksa.

“Amalan sebegini juga bercanggah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang menjenayahkan kerja paksa sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap manusia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pengeluaran beberapa Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat kepada syarikat Malaysia, berhubung dakwaan amalan buruh paksa menunjukkan bahawa negara ini perlu segera melaksanakan langkah efektif untuk segera membasmi serta menangani amalan buruh paksa.

Selain itu, SUHAKAM menyambut baik pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025 yang pertama di Malaysia pada tahun lalu, untuk menangani dan membasmi buruh paksa.

Piawaian ditetapkan Protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa 1930 yang akan diratifikasi oleh Malaysia harus menjadi ikutan NAPFL.


“Di samping itu, SUHAKAM menggesa natijah yang lebih nyata dicapai dengan segera termasuk pembaharuan undang-undang dan remedi. SUHAKAM berharap NAPFL kritis menangani perkara berbangkit seperti keperluan lebih ketat bagi syarikat untuk melaksanakan usaha wajar yang efektif dan mekanisma aduan, khususnya dalam amalan pekerjaan mereka.

“Sebarang undang-undang yang akan dikuatkuasakan kerajaan, syarikat swasta mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang buruh kebangsaan dan standard buruh antarabangsa bagi memastikan pematuhan hak asasi manusia di seluruh rangka kerja rantaian bekalan mereka.

“Ia perlu segera menjadi contoh terbaik dalam pematuhan standard hak asasi manusia dan buruh antarabangsa. Ini juga bagi menangani pelbagai sektor termasuk industri bekalan perubatan, pertanian (termasuk perladangan), pembinaan dan sektor pembuatan,” katanya.

SUHAKAM mengulangi seruan kepada kerajaan untuk memastikan ketelusan dengan mengumumkan laporan penuh Jawatankuasa Bebas Khas Pengurusan Pekerja Asing.

“Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan saranan jawatankuasa yang mengambil kira isu amalan tidak beretika, tidak sihat dan tidak adil dalam pengambilan pekerja asing, termasuk keperluan untuk pengambilan pekerja asing dijalankan telus dengan memperkenalkan sistem dalam talian sepenuhnya.

“Bagi memastikan langkah jangka panjang berjaya dilaksanakan, kerajaan digalakkan untuk mengadakan rundingan lebih bermakna dengan pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori