• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Angkasa Lepas China Siap Dibina Hujung Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China merancang melengkapkan pembinaan stesen angkasa lepas antarabangsanya (ISS) , Tiangong, menjelang hujung tahun ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Republik itu juga bercadang melancarkan dua lagi modul ke stesen tersebut iaitu Wentian dan Mengtian, yang akan dilekatkan pada dua roket Long March 5B.

Pelancaran tersebut adalah sebahagian daripada 60 misi yang dirancang dihantar ke angkasa pada tahun ini.

Sekiranya perancangan itu dicapai, ia akan mengatasi rekod yang dicipta negara itu sendiri pada tahun lepas, dengan 55 pelancaran misi selain 48 dari Amerika Syarikat sahaja.

Wentian akan dilancarkan terlebih dahulu pada pertengahan tahun ini, manakala pelancaran Mengtian akan berlaku menjelang hujung tahun, demikian menurut Akademi Teknologi Kenderaan Pelancaran China.

Kedua-dua modul itu mempunyai jisim lebih 200,034 kilogram dan direka untuk menjadi makmal sains sama seperti kebanyakan modul ISS.

“Kami menjangkakan stesen angkasa itu akan memasuki fasa operasi pada hujung tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pereka Tiangong, Bai Linhou.

-Kosmo Online

Tags: Stesen Angkasa Lepas China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd