• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Vaksinasi Lengkap Dua Dos Suntikan Sinovac Perlu Dikekalkan

oleh AK-47
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berpandangan mereka yang telah mengambil dua dos suntikan vaksin Sinovac masih dikategorikan sebagai telah lengkap divaksinasi.

Presidennya, Dr. Koh Kar Chai berkata, perkara itu malah telah menjadi polisi Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal dan pihaknya percaya polisi itu harus dikekalkan.

“Memandangkan vaksinasi termasuk dos penggalak tidak wajib, mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya harus dikekalkan status vaksin lengkap tanpa mengira jenis vaksin diberikan.

“MMA bersetuju terdapat keperluan bagi mereka dalam kumpulan berisiko tinggi yang layak untuk mendapatkan peningkatan perlindungan terhadap Covid-19 dengan suntikan penggalak secepat mungkin.

“Bagaimanapun memandangkan dos penggalak atas dasar sukarela, mereka harus diberi masa dan nasihat yang mencukupi untuk membuat keputusan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dan penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.

Mengulas perkara itu lagi, jelas Kar Chai, MMA yakin dengan bukti saintifik yang mencukupi tentang faedah mendapatkan suntikan penggalak, maka pengambilan dos penggalak di negara ini akan meningkat dengan lebih cepat.

Menurut beliau, perkara itu terbukti berdasarkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia yang tinggi kerana mengetahui tentang faedah lengkap dua dos suntikan vaksin sebelum ini.

Jelas beliau, faktor ramai rakyat Malaysia kini semakin sibuk dengan pekerjaan memandangkan ekonomi negara telah dibuka hampir sepenuhnya mungkin menyebabkan ada yang terpaksa menangguhkan temujanji suntikan dos penggalak.

Tambah beliau, isu berita palsu mengenai dos penggalak yang tersebar di media sosial perlu juga ditangani untuk memastikan orang ramai dimaklumkan tentang maklumat sebenar mengenai manfaatnya.

-Kosmo Online

Tags: Perlu DikekalkanSinovacStatus Vaksinasi Lengkap Dua Dos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Adun Pasir Bedamar, Polis Tunggu Arahan Peguam Negara

Next Post

Secebis Perbualan Antara Haider Dengan Bapanya

Related Posts

Dua Juta Penerima Sinovac Disaran Ambil Dos Ketiga Sebelum Jangkitan Lebih Teruk

28/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak disaran mendapatkannya dalam masa terdekat. Hal itu...

Sinovac Antara Vaksin Paling Selamat Untuk Golongan Pediatrik – Pharmaniaga

29/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Walaupun mempunyai risiko dijangkiti serta kesan jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding golongan dewasa, golongan pediatrik perlu divaksin...

Next Post

Secebis Perbualan Antara Haider Dengan Bapanya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd