• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘SPRM Siasat Isu Elaun Mara Corp, Tiada Laporan Tentang Kad Kredit’

oleh AK-47
09/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berkaitan isu elaun anggota lembaga pengarah Mara Corporation – syarikat pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

“Setakat ini kita menjalankan satu siasatan mengenai isu salah guna kuasa berkait dengan isu elaun,” kata Azam.

Menjawab soalan berkaitan terdapat dakwaan penyalahgunaan kad kredit syarikat, Azam bagaimanapun berkata mereka tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan beberapa wartawan yang menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan.

“SPRM masih belum menerima laporan mengenai dakwaan salah guna kad kredit.

“Sekiranya ada perkara ini, kita minta pihak berkenaan supaya membuat laporan kepada SPRM dan kita akan menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi portal berita ini.

Bayaran RM12,000 di kedai golf

Berdasarkan resit yang dilihat Malaysiakini, terdapat seorang pegawai kanan Mara Corp menggunakan kad kredit syarikat untuk membeli peralatan golf bernilai lebih RM12,000.MARA Corp

Bayaran deposit kepada syarikat yang beralamat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu dibuat pada Sept tahun lalu, berdasarkan salinan resit yang dikongsi oleh sumber dalaman Mara Corp.

Pegawai kanan Mara Corp itu ketika dihubungi Malaysiakini pada Selasa enggan mengulas perkara itu.

Semalam, sebuah media melaporkan seorang pegawai kanan Mara Corp menafikan menyalahgunakan kad kredit syarikat untuk berbelanja di kelab malam dan karaoke serta membeli beg mewah Louis Vuitton bernilai ratusan ringgit.

Katanya, semua perbelanjaan kad kreditnya untuk kegunaan perniagaan.

Malah, katanya, kad kredit yang dipegangnya mempunyai had RM50,000.

Serbuan di 3 pejabat

SPRM semalam menyerbu ibu pejabat Mara, Mara Corp dan sebuah syarikat setiausaha korporat di sekitar ibu kota susulan dakwaan isu integriti membabitkan pegawai kanan agensi berkenaan.

Bernama difahamkan serbuan itu bagi mengumpul dokumen salah laku beberapa pegawai agensi itu yang tular setelah SPRM menerima laporan pada Sabtu.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan.

Pengerusi Mara Azizah Mohd Dun berkata pengurusan Mara dan Mara Corp sedia memberikan kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kes itu untuk siasatan SPRM.

Dia menegaskan tiada kompromi dengan sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan kepentingan awam.

-Malaysia Kini

Tags: MARAMara CorpSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd