• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem SPIM Digodam, Tekun Nasional Buat Laporan Polis

oleh AK-47
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membuat laporan polis pada Rabu lepas susulan sistem permohonan dalam talian bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dipercayai digodam.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pada awalnya, TEKUN Nasional menjelaskan isu kelewatan dalam memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan SPIM adalah disebabkan gangguan teknikal, namun setelah siasatan dalaman dilakukan, ia dikenal pasti berpunca daripada digodam.

“Saya dapat aduan orang ramai yang mengatakan bayaran lambat, sebenarnya perkara tersebut (berlaku) ialah kerana sistem ini telah dikesan digodam pada 8 Februari menyebabkan sistem ini terganggu.

“Jadi kerana itu, TEKUN telah membuat laporan polis. Walaupun sistem ini telah digodam, TEKUN masih terus membuat bayaran secara manual antaranya menerusi cek,” katanya pada sidang media selepas program SPIM Bantu Usahawan Pulih Perniagaan Semasa Pandemik Covid-19 di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata kes berkenaan tidak melibatkan sebarang kerugian wang dan ia masih dalam siasatan polis.

Noh berkata, pihaknya menerusi TEKUN Nasional melancarkan SPIM bagi membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19 dan banjir, permohonan dibuka bermula 1 hingga 15 Januari lepas dengan dana berjumlah RM200 juta.

Beliau berkata sebanyak 23,767 permohonan telah diterima dan setakat 15 Februari lepas, 15,902 permohonan telah diluluskan melibatkan RM130.5 juta.

“Sehingga kini, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM110.1 juta kepada 13,370 usahawan di bawah SPIM melalui cetakan cek dan termasuk juga pindahan dana elektronik,” katanya.

Beliau berkata penyaluran pembiayaan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada pertengahan Mac ini.

-Sinar Harian

Tags: digodamlaporan polisSistem SPIMSPIMTekun Nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Johor: DAP Yakin PKR, Muda Capai Kata Sepakat

Next Post

Bazar Aidilfitri Lorong TAR Beroperasi Seperti Biasa – Datuk Bandar

Related Posts

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

Kes Hannah Yeoh, Tujuh Laporan Polis Diterima

28/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima beberapa laporan polis berhubung kes Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh....

Next Post

Bazar Aidilfitri Lorong TAR Beroperasi Seperti Biasa - Datuk Bandar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd