Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Verstappen Bakal Hilang Gelaran...

LONDON : Pentadbir Formula Satu (F1) kini berada di bawah tekanan hebat untuk...

Najib Tidak Pernah Buat...

Kuala Lumpur: Pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Razak yang membabitkan penyelewengan...

ABC King Kong Tarikan...

KUCHING - Deretan balang serta air minuman pelbagai jenis dan warna pasti menarik...

Lombong Air Biru Jadi...

BETAPA hebatnya kuasa viral apabila sesebuah tempat yang dahulunya tidak diketahui oleh orang...

Selepas Rayan, Adik Haidar Pula Jatuh Perigi Di Afghanistan

KABUL : Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terjatuh dalam lubang perigi di selatan Afghanistan sejak Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap dalam lubang di perkampungan Shokok di wilayah Zabul.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik dalam media sosial, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut mempunyai kedalaman 24 meter dan Haidar tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.

Sementara itu, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan Haidar tersangkut di celah bawah batu dan usaha mengeluarkan mangsa giat dijalankan.


Operasi menyelamat itu dilakukan kira-kira dua minggu selepas insiden serupa menimpa Rayan Awram, budak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Bagaimanapun, operasi menyelamat itu berakhir tragedi apabila Rayan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori