“Adakah kamu sihat wahai anakku?
“Teruskan bercakap dengan ku dan jangan menangis, kami sedang berusaha membawa kamu keluar”
Baiklah, saya akan terus bercakap – jawab Haider.
Antara baris perbualan terakhir Haider dengan bapanya.
Suara kanak-kanak itu mula tidak didengari sejak Khamis lalu.
Dan beberapa jam lepas…pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan Haider telah meninggal dunia.
Dia gagal diselamatkan.
Gambar yang disertakan Mynewshub dari sumber wartawan Afghanistan memperlihatkan jenazah anak kecil itu.
Dia dikatakan masih bernafas ketika dibawa keluar tetapi meninggal sebaik bantuan oksigen diberikan.
Untuk yang lambat mengikut kisah ini, Haider adalah remaja berusia 10 tahun yang jatuh dan tersangkut dalam sebuah perigi pada kedalaman 10 meter di sebuah perkampungan dalam provinsi Zabul di Afghanistan.
Keseluruhan kedalaman perigi itu adalah 25 meter.
Pasukan penyelamat Afghanistan telah mengali longkang ke arah kanak-kanak itu tersangkut.
Kisah Haider viral dengan pantas kerana ia mengulangi kejadian melibatkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang terperangkap dalam sebuah perigi di Moroco, 2 minggu lalu.
Kanak-kanak berkenaan, Rayan, walaupun berjaya dikeluarkan dari perigi tempat dia tersangkut, meninggal dunia selepas beberapa minit.
Bertemu la kedua kanak-kanak itu sebagai teman di syurga Allah… Insyaallah
Mynewshub-