• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Muda Dan PKR Belum Muktamad

oleh AK-47
10/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Rundingan pembahagian kerusi antara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan PKR untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini masih belum dimuktamadkan.

Biro Politik Muda dalam satu kenyataan memberitahu, Muda menghormati hak rakan-rakan PKR untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada.

“Namun begitu, PKR belum lagi memberikan kata putus berkenaan tiga kerusi tersebut. Muda yakin dan percaya bahawa atas semangat kebersamaan dan demi rakyat Johor, satu rundingan yang telus dan jujur perlu dibuat.

“Muda juga mencadangkan agar setiap intipati rundingan diselesaikan bersama secara sulit sebelum diumumkan ke pihak media atas semangat ketelusan bersama,” ujarnya.

Muda memaklumkan, pihaknya telah menjalani beberapa siri rundingan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah berhubung pembahagian kerusi sebelum ini.

Rundingan pertama katanya dibuat melibatkan wakil keempat-empat parti berkenaan dan telah dipersetujui Muda untuk menjalankan rundingan bilateral bersama-sama setiap parti.

“Menerusi rundingan bilateral, Muda serta rakan-rakan daripada DAP dan Amanah telah mencapai persetujuan dan telah membuat pengumuman bersama-sama,” katanya.

Semalam, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh memaklumkan, Muda ditawarkan tiga kerusi daripada parti itu selepas hasil beberapa rundingan yang dijalankan, namun masih menanti jawapan daripada pihak Muda.

“Berhubung isu agihan kerusi, PKR telah mengadakan tiga siri rundingan bersama dengan Muda selari menepati hasrat yang dinyatakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor.

“Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing telah memberi pandangan secara jujur dan terbuka. Hasil rundingan ini, PKR telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda dan sedang menunggu maklum balas berhubung tawaran tersebut,” katanya.

Terdahulu, Muda mengumumkan akan bertanding enam kerusi dalam PRN Johor iaitu di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

-Utusan Online

Tags: Rundingan MUDA dan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd