• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: SOP Seimbang Penuhi Demokrasi, Kawalan Wabak

oleh AK-47
20/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat seimbang dari segi keperluan mempertahankan institusi demokrasi dan kepentingan kawalan wabak.

Bagaimanapun, SOP bagi memandu pelaksanaan PRN ke-15 Johor itu disifatkan masih mempunyai ruang untuk ditambah baik, khususnya dalam mempertimbangkan nasib calon yang bertanding menerusi tiket bebas.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata SOP di Johor menyaksikan lebih banyak kelonggaran berbanding PRN Melaka dan Sarawak.

Menerusi pendekatan seimbang, katanya, potensi untuk parti besar dengan merujuk kepada rakan komponen dalam tiga gagasan merangkumi Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelebihan dalam menganjurkan ceramah.

“Bagaimana pula nasib calon Bebas yang saya pun tidak pasti macam mana mereka nak buat ceramah, termasuk mengawal kehadiran 100 orang mengikut had ditentukan.

“Justeru, sepatutnya masih ada perkara boleh dipertimbangkan lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sudah pasti ramai membangkitkan persoalan seperti ramai yang boleh pergi ke sekolah, pasar, dan pusat beli belah sehingga menghabiskan masa berjam-jam, tetapi kempen ceramah dihadkan pula.

“Kenapa dan apa asas diwujudkan keterbatasan begini? Ia perlu ditangani oleh SPR untuk tidak menimbulkan kegelisahan dalam jentera parti,” katanya kepada BH, hari ini.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib, berpandangan SOP masih diperlukan, berikutan peningkatan kes jangkitan yang tinggi walaupun hanya membabitkan pesakit kategori 1 dan 2.

Dalam suasana peralihan daripada pandemik ke endemik, beliau berkata, pilihan raya boleh diadakan tetapi perlu menitik beratkan kepentingan menjaga keselamatan orang ramai.

“SOP yang dianggap ‘handicap’ (memberi kekurangan) kepada parti tertentu, misalnya pembangkang adalah dengan menilai pola keputusan pilihan raya Sarawak dan Melaka yang tidak memberi kelebihan kepada mereka.

“Hujah ini tidak tepat kerana keputusan pengundi kawasan yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan majoriti sudah membuat pilihan, malah potensi berkempen menerusi media sosial belum diterokai sepenuhnya.

“Kempen melalui media sosial memberikan peluang setara kepada semua calon daripada pelbagai parti untuk menyampaikan agenda dan manifesto calon bagi pengundi.

“Tanggapan SOP yang dirangka SPR adalah berat sebelah hanya andaian tidak berasas,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, turut mengakui SOP dirangka SPR memberi kelebihan kepada BN, PH dan PN.

Katanya, parti baharu seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula memerlukan kempen bersemuka seperti tinjauan mesra untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada pengundi di kawasan.

“Bagaimanapun, MUDA sudah pun bergerak lebih awal sebelum penamaan calon,” katanya.

BHonline-

Tags: BNPNPRN JohorSOP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCA Belum Tahu Dapat Berapa Kerusi

Next Post

UNHCR Gesa Sokongan Berterusan Terhadap Pelarian Rohingya

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

UNHCR Gesa Sokongan Berterusan Terhadap Pelarian Rohingya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd