• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Guan Eng Gesa Longgar SOP, Benar Kempen Bersemuka

oleh AK-47
14/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulangi gesaan agar prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilonggarkan, termasuk kebenaran kempen secara bersemuka.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, SOP mesti adil kepada semua dan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan COVID-19 sebagai alasan untuk menghalang pembangkang bersemuka dengan rakyat.

“Hari ini, semua yang hadir (program pelancaran jentera Pakatan Harapan) ikut SOP COVID-19, kita lihat ada penjarakan seperti mana ditetapkan, tapi ada pihak yang tak ikut, mereka boleh buat (langgar) sewenang-wenangnya dan hanya kena denda RM1,000 sahaja.

“Kalau boleh langgar (SOP) sesuka hati, mengapa tak boleh ceramah dalam PRN Johor, mesti adil kepada semua dan jangan ambil kesempatan guna COVID-19 untuk halang pembangkang bersemuka dengan rakyat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, sekiranya penularan COVID-19 serius, maka kerajaan perlu menangguhkan PRN Johor buat masa ini bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“SOP serius apabila COVID-19 serius, (tetapi) SOP tidak (diambil) serius, bermakna COVID.-19 (juga) tidak serius. Harap longgarkan (SOP PRN) kerana kalau benar-benar serius, lebih baik tangguhkan dahulu PRN Johor, jangan main-main dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP menimbulkan persoalan mengenai keseriusan kerajaan melawan pandemik COVID-19.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilapor mengarahkan kompaun dikeluarkan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Pengerusi MIC, Tan Sri S. Vigneswaran mengikut Akta 342 kerana melanggar SOP dalam program anjuran MIC.

Berikutan itu, Hishammuddin dilaporkan akur sekiranya beliau dan rakan-rakan pimpinan dikenakan kompaun kerana telah melanggar SOP berkaitan pengawalan COVID-19 serta mengalu-alukan tindakan diambil terhadap mereka.

BHonline-

Tags: Lim Guan EngPRN JohorSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd