• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor “End Game” Buat Mahiaddin

oleh AK-47
22/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebilangan orang berpendapat Pengerusi PN, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin semakin lemah dalam seni putar belit.

Mahiaddin hari ini bukan Mahiaddin ketika PRU-14. Mungkin kerana faktor usia atau diakibatkan oleh atmosfera yang semakin tercemar.

Selepas gagal mengulangi momentum serangan terhadap pimpinan BN, gagal pula mengheret Tengku Zafrul dalam permainan persepsinya.

Mahiaddin kata beliau telah mengarahkan Tengku Zafrul menyerahkan laporan kewangan negara kepadanya.

Dan beliau akan mendedahkan laporan kewangan tersebut yang didakwa menunjukkan kerosakan ekonomi disebabkan kerajaan BN.

Kata-kata menunjukkan beliau begitu ‘power’ dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Menunjukkan konon-konon ada rahsia jahat tersembunyi mengenai kerajaan BN yang telah didedahkan oleh Tengku Zafrul kepadanya.

Sangkaan awal ramai pihak pastilah perkara itu benar kerana Menteri Kewangan merupakan orang kepercayaan beliau.

Rupa-rupanya Tengku Zafrul menafikan beliau menuruti arahan Mahiaddin dan menjelaskan salinan laporan kewangan memang perlu diserah kepada MPN.

Laporan kewangan itu pula adalah laporan kewangan standard yang turut diserahkan kepada pihak berkepentingan dalam kerajaan.

Mungkin Tengku Zafrul mahu mengelak daripada dijebakkan oleh Mahiaddin dalam propaganda terbaru Presiden PPBM itu maka malu apa Pak Din? Al-maklum baton telah bertukar tangan.

Sebenarnya Mahiaddin memang benar-benar kelihatan begitu terdesak. Beliau cuba mengulangi skrip lama yang berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Malangnya beliau terlupa ketika itu beliau pembangkang. Bukan bekas Perdana Menteri yang baru dirembat keluar daripada kerajaan beberapa bulan lalu.

Apa sahaja yang cuba digodak oleh Mahiaddin mengenai laporan kewangan negara untuk memburukkan BN tentunya meludah ke muka sendiri.

Jika benar dakwaan itu sekali pun, selama 17 bulan beliau menjadi PM dan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangannya tentunya beliau telah lama tahu mengenai perkara itu.

Bukan menjelang PRN Johor tiba-tiba Tengku Zafrul dikatakan memperoleh maklumat rahsia kerosakan kewangan negara yang disebabkan kerajaan BN.

Nampak gaya PRN Johor akan menjadi “end game” kepada Mahiaddin. Rakyat khususnya Bangsa Johor telah mengetahui siapakah Mahiaddin yang sebenar.

Mahiaddin semakin berdepan defisit kepercayaan rakyat sebelum tiba ke peringkat “total lost” tidak lama lagi. Malu apa PN ku?

-Mynewshub

Tags: PRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd