• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BN Sasar 12 Daripada 16 Kerusi DUN Di Zon Utara Johor – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
08/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) telah meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 12 daripada keseluruhan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon utara Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tumpuan perlu diberikan lebih kepada zon berkenaan, selepas keputusan Pilihan Raya Umum lepas menyaksikan mereka hanya memenangi dua kerusi DUN sahaja.

Biarpun situasi agak berbeza, Mohamad yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata, mereka masih perlu berhati-hati agar potensi kemenangan dapat dimaksimakan sebaik mungkin, bagi membentuk kerajaan dengan mandat yang mencukupi.

“Di Zon Utara (Johor) itu ada tujuh bahagian (Parlimen), ada 16 DUN. Semasa PRU dulu Barisan cuma menang dua sahaja, daripada 16 kerusi. Ini menjadi keutamaan kepada BN, itu sebabnya kami letakkan bapa angkat heavyweight di zon iaitu Pahang, Perak dan Melaka.

“Supaya Zon Utara ini boleh beri sumbangan lebih banyak kerusi semasa PRN ini. Saya telah mensasarkan letak KPI, daripada 16 kita nak menang 12 kerusi.

“Saya yakin kita boleh menang, kerana jika dikaji juga keputusan PRU ke-14 dulu, kerusinya banyak juga kita kalah tipis, dan ada sebab tertentu, masalah dalaman, dan masalah pemilihan calon ketika itu,” katanya lagi.

Sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Jentera BN Zon Johor Utara semalam, Mohamad memberitahu Jentera BN untuk tidak mengulangi kesilapan lalu, dan perbaiki kesilapan demi kemenangan BN pada PRN Johor ini.

“Jangan ulangi kesilapan kita pada masa-masa lalu. Kalau ini dapat dielakkan dan susun gerak kerja dengan baik, Insya-Allah… tiada siapa yang boleh menghalang kemaraan kebangkitan BN di negeri Johor.

“Jangan bergaduh dengan orang, kita buat kerja senyap-senyap dan buat kerja betul-betul dan yang penting nanti kita boleh menang sekurang-kurangnya 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.

Saya berharap dan berdoa pada PRN Johor ini zon utara akan lebih cemerlang daripada zon-zon lain,” katanya seperti dipetik dari UMNO Online.

Awani-

Tags: BNKerusi DUNPRN JohorTok Mat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suhu Badan Dimansuh Bermula Jumaat Ini

Next Post

Bomba Bersedia Untuk Musim Kemarau Pula

Related Posts

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

02/08/2025
0

Membakut: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar sekurang-kurangnya satu kerusi disediakan untuk calon BN Sabah...

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

Next Post

Bomba Bersedia Untuk Musim Kemarau Pula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd