• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Barisan Nasional Lancar Manifesto 1 Mac – Ahmad Maslan

oleh Mohd Arshad
26/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.

“Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah berjaya memenangi PRN Melaka. Jadi di Johor ini temanya ialah kestabilan demi masa depan,” katanya semasa menjadi tetamu program Suara Johor terbitan Bernama TV hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, BN komited ingin mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berharap kesemua 56 calon BN pada PRN Johor ini terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing, menggunakan pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka atau menerusi alam maya.

“(Kita mahu) sampaikan kepada anak-anak muda di luar sana bahawa, hasrat anak muda menginginkan pendidikan tinggi, kemahiran tinggi – majoriti atau hampir kesemuanya disediakan dan dilaksanakan UMNO dan BN.

“Peluang pekerjaan, perniagaan, rumah mampu milik, adalah janji BN untuk orang muda dan semua masyarakat. Bagi terus memastikan kestabilan, kita ingin jadikan kawasan luar bandar ini ‘luar biasa’,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Mengenai jaminan BN untuk menunaikan manifesto tersebut, beliau berkata, kerajaan daripada parti gabungan itu tidak pernah gagal dalam menunaikan janji-janji di dalam manifesto, semasa pentadbiran mereka.

“Manifesto yang tidak ditunai ini adalah Pakatan Harapan (PH), yang di dalamnya ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana dalam PH 100 hari ada 10 janji utama, dan banyak yang tidak ditunaikan.

“Saya bagi pihak UMNO khususnya BN, amat yakin bahawa jika diberi mandat, kandungan manifesto (kami) akan ditunaikan,” katanya.

Bernama-

Tags: BNmanifestoPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd