• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Tiba Di Thailand Untuk Lawatan Rasmi

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Thailand untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mempertingkatkan lagi kerjasama dua hala dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.

Sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand pada jam 8.15 malam (waktu tempatan) dari Kemboja, Perdana Menteri disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar, Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.

Turut hadir Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Lawatan julung kali Ismail Sabri ke Bangkok sebagai Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Lawatan rasmi Ismail Sabri selama tiga hari bermula hari ini adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos 2021.

Cadangan pembukaan semula sempadan, pengiktirafan sijil vaksinasi dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin adalah antara agenda yang dijadualkan dibincangkan dalam lawatan rasmi Ismail Sabri.

Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Prayuth akan juga membincangkan projek-projek infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand serta hubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ismail Sabri dan delegasi akan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand sepanjang lawatan rasmi ini dan program rasmi akan bermula Jumaat.

Beliau dijadual menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Keluarga Malaysia di Thailand bersama kira-kira 100 rakyat Malaysia di Thailand.

Ismail Sabri kemudiannya dijadual menyaksikan majlis pemeteraian tiga memorandum persefahaman kerjasama perniagaan antara Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd dan Bio-Innova Co Ltd, Pharmaniaga LIfeScience Sdn Bhd dan BioNet-Asia, dan Perjanjian Lesen Pembuatan di antara COVID Medicare Support Ins (CMSI) dan Acquest Healthcare Stem Cell Research & Development Co. Ltd.

Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis jamuan teh bersama ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand (MTCC) bagi perkongsian pengalaman dan perbincangan mengenai isu perniagaan di Thailand.

Selepas itu, beliau akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Rumah Kerajaan dan diikuti mesyuarat terhad antara kedua-dua Perdana Menteri, disusuli sidang media bersama dan majlis makan malam rasmi yang dihoskan Prayuth di Rumah Kerajaan.

Malaysia dan Thailand sudah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion berbanding RM79.63 bilion bagi 2020.

Bernama-

Tags: Ismail Sabri Yaakoblawatan rasmiThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Russia Didakwa Sudah Melancarkan 203 Serangan

Next Post

Aplikasi ‘Rain Alarm’ Alternatif Bantu Pantau Ramalan Cuaca – Polis

Related Posts

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

Lawatan Rasmi Xi Jinping: Kesesakan Lalu Lintas Ditangani Sebaiknya

15/04/2025
0

SHAH ALAM – Lalu lintas yang ditutup dan dilencongkan pada Selasa melibatkan laluan dari Lebuh KLIA ke Jalan P5, Putrajaya,...

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Next Post

Aplikasi 'Rain Alarm' Alternatif Bantu Pantau Ramalan Cuaca - Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd