• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Beri Jaminan Sempadan Negara Dibuka Tidak Lama Lagi

oleh Mohd Arshad
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Phnom Penh : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kepada rakyat Malaysia di Kemboja bahawa Malaysia akan membuka sempadannya tidak lama lagi yang akan memudahkan proses perjalanan terutama bagi mereka yang menetap di luar negara.

Ismail Sabri berkata, varian Omicron menyebabkan rancangan negara untuk beralih ke peringkat endemik tertangguh, akhirnya turut melambatkan proses pembukaan sempadan.

“Kita hampir mengumumkan bahawa Malaysia telah memasuki peringkat endemik tetapi pada Disember 2021 varian Omicron, yang merebak pantas telah dikesan. Omicron ini tidak seteruk Delta. Ia cepat merebak tetapi tidak begitu berbahaya seperti Delta,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi.

Ismail Sabri berkata rakyat Malaysia perlu belajar untuk hidup dengan Covid-19.

“Kita perlu menerimanya (Covid-19) sebagai penyakit lain seperti denggi,” katanya.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kes Covid-19 di Malaysia mencecah kira-kira 27,000 setiap hari, namun majoriti kes adalah kategori 1 dan 2 berikutan kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini.

“Saya tahu ramai antara anda tidak sabar untuk pulang ke rumah. Saya difahamkan ada antara anda yang sudah hampir dua tahun tidak pulang ke rumah. Jadi dalam waktu yang terdekat, kita akan mula buka sempadan kita untuk seluruh dunia dan tuan-tuan boleh balik ke Malaysia,” katanya.

Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja, dan 2,000 daripadanya berada di ibu kota Phnom Penh.

Ismail Sabri berkata, pembukaan sempadan negara adalah penting kerana ramai yang terkesan dengan penutupan sejak dilanda pandemik Covid-19 terutama yang membabitkan sektor pelancongan.

“Oleh itu, kita akan membukanya kembali. Sekatan pergerakan rakyat memberikan impak yang besar buat setiap individu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata awal suku kedua tahun ini adalah garis masa realistik untuk pembukaan semula sempadan negara.

Turut hadir pada makan malam adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif, Duta Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri di Kemboja Datuk Othsman Hassan.

Othsman juga menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.

-Harian Metro

Tags: jaminanpmsempadan negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

08/08/2025
0

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd