• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Sedia Bekerjasama Jika MUDA Kongsi Manifesto Sama, Kata Anwar

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu masih bersedia bekerjasama dengan Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor jika parti berasaskan belia itu menggunakan manifesto yang sama.

“Jika Muda berkongsi semangat dan manifesto yang sama seperti Pakatan Harapan (PH) dan menyelesaikan isu rundingan yang berlaku, saya tidak fikir kita akan menghadapi masalah untuk bekerjasama bagi memastikan calon mereka akan menang.

“Jadi, kita tunggu maklum balas mereka, dan Insya-Allah ia akan menjadi positif,” katanya malam tadi semasa pelancaran jentera pilihan raya PKR bagi PRN Johor.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata beberapa sesi rundingan dengan Muda tidak berjaya.

Muda kemudian menuduh PKR “menamatkan” rundingan pakatan pilihan raya dengan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya dewan undangan Johor yang akan datang.

Selepas mengumumkan kumpulan terakhir calon mereka pada hari Sabtu, Anwar telah menyatakan bahawa PKR telah berunding dengan Muda tetapi berkata parti itu tidak boleh menunggu lagi dan terpaksa meneruskan pengumuman calon.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kepimpinan partinya akan bersidang untuk menentukan jalan ke hadapan, sambil menambah bahawa jika pertembungan antara PKR dan Muda tidak dapat dielakkan, Muda akan menyerahkan keputusan itu kepada pengundi.

Pada masa ini, PKR tidak bercadang untuk bertanding di enam kerusi yang ditawarkan Amanah dan DAP kepada Muda, tetapi pemimpin tempatan telah memberi amaran mereka mungkin akan bertindak balas jika Muda cuba bertanding di kerusi PKR.

Semasa pilihan raya umum 2018, PKR memenangi lima kerusi DUN di Johor. Muda akan membuat penampilan sulungnya pada PRN di Johor.

Pengundi Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac. Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb.

-Malaysia Kini

Tags: anwarmanifestomudaPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan jadual padat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada awal Oktober...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd