• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PICKids Di Pulau Pinang Bermula Esok

oleh AK-47
06/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Program pemberian vaksin bagi kanak-kanak (PICKids) di Pulau Pinang akan bermula esok membabitkan mereka yang mempunyai komorbid dan penyakit berisiko tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, lokasi pemberian vaksin bagi golongan berkenaan adalah di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Setakat ini, dua hospital ini sahaja yang dikhaskan untuk pemberian vaksin bagi golongan kanak-kanak 5 hingga 12 tahun yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi.

“Bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit dan bukan komorbid pemberian vaksin akan diberikan sama ada di klinik kesihatan atau sekolah,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mengikut data jabatan perangkaan mendapati populasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun di Pulau Pinang adalah sebanyak 160,000 orang.

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata, terdapat 19 kluster aktif COVID-19 dikesan sehingga hari ini yang paling banyak adalah membabitkan kluster pendidikan.

“Setakat ini terdapat 12 kluster pendidikan dikesan, (tiga) sektor perkilangan, (tiga) tempat kerja dan (satu) pusat tahanan selain terdapat satu kluster baharu membabitkan Kem Tentera Sungai Ara di daerah Barat Daya.

“Bilangan kes positif Covid-19 yang direkodkan pula kebanyakannya adalah membabitkan varian Delta disusuli Omicron dan Beta,” katanya

Situasi COVID-19 di Pulau Pinang kini mencatatkan jumlah kumulatif kes sebanyak 169 852 dengan pertambahan 522 kes baharu semalam.

-Berita Harian

Tags: Covid-19PICKidsPulau PinangVaksin kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd