Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Kepala Tumbuh Tanduk, Warga...

SEORANG wanita yang juga warga emas yang tinggal di Guiyan, wilayah Sichuan kini...

Amerika Syarikat-ASEAN Bakal Perkukuhkan...

LOS ANGELES - Dalam era pasca Perang Dingin, amat jarang sekali Presiden Amerika...

Susu Marigold HL Ditarik...

KUALA LUMPUR - Malaysia Milk Sdn. Bhd. (Malaysia Milk) menarik balik produk susu...

Ini Punca PAS Enggan...

KETIKA Pakatan Harapan disertai DAP, PKR dan PAN menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada...

Pesawat AirAsia Dilencongkan Kerana Ada Ular

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling, berkata pihaknya menyedari berlaku ‘insiden’ ketika penerbangan terbabit yang memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat.

“Sebaik kapten (juruterbang) menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat. Insiden ini jarang berlaku dalam mana-mana pesawat,” katanya.

Kenyataan itu berkaitan ‘insiden’ kelibat seekor ular yang dilihat di sebalik lampu pada bahagian siling pesawat ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau yang tular dalam media sosial, hari ini.

Tien Ling berkata, juruterbang pesawat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Sebelum itu, satu video berdurasi 14 saat menunjukkan kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau tular di TikTok.

Seorang pemilik akaun Tik Tok memuat naik video berkenaan yang menyatakan pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak.

BHonline-

Kategori

Leave a Reply