• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Tiba Di Kemboja

oleh AK-47
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja pada Rabu untuk lawatan negara dua hari bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.

Lawatan beliau ke Kemboja adalah atas jemputan rakan sejawat, Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen.

Ketibaan Ismail Sabri di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada jam 5.20 petang waktu Malaysia disambut Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Othsman Hassan yang mewakili Kerajaan Kemboja. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif dan pegawai kanan kerajaaan.

Ismail Sabri juga akan menghadiri majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, di sini pada Rabu.

Beliau akan memulakan lawatan rasminya Khamis ini dengan melawat tugu peringatan kemerdekaan dan meletakkan kalungan bunga diikuti dengan satu lagi upacara meletak kalungan bunga di Monumen Preah Borom Ratanak Kaudh yang didirikan untuk memperingati mendiang Raja Norodom Sihanouk di kawasan sama.
Ismail Sabri juga akan diberikan sambutan rasmi dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, diikuti dengan acara lintas hormat diiringi Hun Sen di Peace Palace Phnom Penh.

Kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan hubungan dua hala, isu serantau selain daripada kerjasama di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri juga dijadualkan menghadiri majlis menghadap Raja Kemboja, Baginda Norodom Sihamoni bertempat di Istana Negara sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand.

Malaysia merupakan pelabur ketiga terbesar di Kemboja dengan Pelaburan Langsung Asing bernilai AS$3.53 bilion antara 1994 hingga 2020, di belakang China dan Korea Selatan. Pelaburan Malaysia kebanyakannya di dalam sektor perbankan, telekomunikasi, penjanaan kuasa dan hiburan.

Antara syarikat Malaysia yang beroperasi di sini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, Smart Axiata, Muhibbah Engineering, Sunway International, Nagaworld dan Leader.
Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja dan 2,000 daripadanya berada di ibu kota Phnom Penh.

Kemboja merupakan tuan rumah bagi ASEAN 2022 dan merupakan negara keempat dilawati Perdana Menteri sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos tahun lepas.

Ismail Sabri sebelum itu melawat Indonesia, Singapura dan Brunei.

Bernama-

Tags: Ismail Sabri YaakobKemboja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir: Orang Ramai Perlu Sentiasa Peka Situasi Cuaca – MetMalaysia

Next Post

Siapa Lim Wei Jiet Calon MUDA DUN Tenang?

Related Posts

Bendera Terbalik, Kemboja Mohon Maaf Kepada Indonesia

Bendera Terbalik, Kemboja Mohon Maaf Kepada Indonesia

06/05/2023
0

PHNOM PENH : Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) mengambil tindakan segera dengan memohon maaf kepada Indonesia susulan insiden bendera...

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

Next Post

Siapa Lim Wei Jiet Calon MUDA DUN Tenang?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd