• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Rogol Bekas Exco Ditangguh

oleh Mohd Arshad
15/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan perbicaraan kes rogol membabitkan bekas Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong atas alasan beliau merupakan kontak dengan pesakit Covid-19.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menangguhkan perbicaraan itu pada 16, 30 dan 31 Mac depan selepas Datuk Rajpal Singh yang mewakili pasukan pembelaan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya dan isteri, Too Choon Looi yang merupakan saksi pembelaan pertama dan kedua sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menurut Rajpal, pasangan suami isteri tersebut menjadi kontak rapat kepada adik perempuan Choon Looi yang disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu.

“Status MySejahtera Choo Kiong dan isterinya juga bertukar warna kepada jingga yang menunjukkan mereka mempunyai kontak dengan Covid-19.

“Berdasarkan itu, pihak pembelaan terpaksa memohon penangguhan kerana saksi pembelaan pertama iaitu tertuduh sendiri tidak dapat hadir ke mahkamah,” katanya ketika prosiding pada sambung bicara peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Menurut Rajpal, pihaknya juga telah menyerahkan penyata saksi bagi kedua-dua saksi pembelaan kepada pihak pendakwaan pada 31 Januari lalu.

Mahkamah sepatutnya menyambung perbicaraan pada peringkat pembelaan hari ini terhadap Choo Kiong, 52, atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia pada Julai 2019.

Mahkamah Tinggi pada 7 Disember lalu telah memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu membela diri terhadap tuduhan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi dibantu dua Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi dan Mohd. Fitri Sadarudin manakala pasukan pembelaan diketuai Rajpal bersama Salim Bashir.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

-Utusan Online

Tags: ditangguhPerbicaraan Kes Rogol Bekas Exco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd