• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penularan COVID-19 Dalam Kalangan Pelajar UTeM Terkawal

oleh AK-47
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah terkawal dan semua pelajar yang dijangkiti diuruskan sebaiknya serta dikuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Dr Ghazali Omar berkata, setakat hari ini jumlah pelajar dijangkiti tidak sampai 20 orang dan mereka berada pada tahap Kategori Satu dan Dua dengan hanya mengalami simptom demam dan batuk.

“Kita telah mengikuti langkah-langkah dan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dari segi pengasingan dan kuarantin pelajar yang dijangkiti, memberikan sokongan moral serta memastikan bekalan makanan untuk pelajar terlibat sentiasa ada.

Semua pelajar tersebut dikuarantin di dalam kawasan UTeM dan kita juga memantau tahap kesihatan pelajar yang dijangkiti dari semasa ke semasa sehingga mereka benar-benar sihat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan 16 pemain industri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan bahawa UTeM melaksanakan sekatan pergerakan di asrama pelajar seperti yang tular di WhatsApp, adalah tidak benar dan perkara itu dipercayai dilakukan pihak yang tidak mendapat maklumat tepat berkaitan jangkitan yang berlaku.

Terdahulu beliau berkata MoU yang dijalin bersama 16 pemain industri dari dalam dan luar Melaka itu adalah bagi memastikan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di UTeM dapat dilaksanakan secara lebih efektif.

Beliau berkata menerusi MoU berkenaan, pelajar akan menjalani latihan industri selama setahun di syarikat atau industri terbabit sebagai pendedahan dan persediaan awal kepada mereka sebelum mula bekerja.

“Kita tidak mahu pelajar UTeM apabila masuk ke alam pekerjaan atau industri nanti, mereka tercengang-cengang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, terutama apabila berdepan dengan aspek teknikal yang ada.

Menerusi latihan industri, pelajar tidak perlu lagi menjalani latihan komprehensif, sebaliknya mereka telah bersedia melangkah ke alam industri sekali gus menjadikan pelajar UTeM mempunyai kebolehpasaran dan meningkatkan kadar mereka diterima bekerja,” katanya.

Katanya, antara skop kerjasama UTeM dengan pihak industri termasuk melaksanakan pemindahan pengetahuan serta kemahiran untuk peningkatan kemahiran tenaga pengajar fakulti dan warga industri, guna sama peralatan serta kemudahan penyelidikan dan kolaborasi melalui inisiatif projek serta pembangunan teknologi.

Bernama-

Tags: Covid-19SOPUTeM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd