• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Lega Harga Telur, Ayam Kekal

oleh Mohd Arshad
16/02/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Masjid Tanah : Pengguna menarik nafas lega berikutan tiada kenaikan harga ayam dan telur selepas perayaan Tahun Baru Cina meskipun sebelum ini ia dijangka berlaku.

Situasi itu disifatkan mereka sebagai keadaan yang ‘menceriakan poket’ pengguna, terutama dalam keadaan terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Azirol Ramli, 30, berkata dia bersyukur apabila telur gred A sekarang kekal pada harga RM12.90 sepapan manakala harga ayam standard RM7.99 sekilogram, lebih rendah berbanding RM8.90 yang ditetapkan kerajaan.

“Walaupun ada telur gred B dan C, saya tetap memilih telur gred A kerana pelanggan warung kami dihidangkan telur dadar bersama-sama asam pedas dan sudah tentulah mereka mahukan telur berkualiti tinggi.

“Ayam standard pada harga RM7.99 sekilogram, lebih rendah daripada RM8.90 yang ditetapkan kerajaan dan keadaan ini amat melegakan saya,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Sementara itu, Farahina Abdul Mutalib, 47, berkata dia lega apabila harga ayam standard di pasar itu di bawah RM8.90 sekilogram selepas mencecah RM9.50 sebulan lalu.

“Saya bimbang jika harga ayam dan telur naik lagi selepas Tahun Baru Cina pada awal bulan ini seperti yang dilaporkan media tetapi Alhamdulillah, keadaan masih terkawal,” katanya.

Tinjauan di pasar raya berkenaan mendapati telur gred C yang dijual pada harga RM11.69 hampir habis, dipercayai berikutan permintaan yang tinggi.

-Harian Metro

Tags: harga ayamHarga Kekalharga telurpengguna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pantai Kijal Catat Empat Kes Kematian Penyu

Next Post

AS Dakwa Rusia Serang Hendap Ukraine Pukul 5 Petang Ini

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

19/06/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan...

Next Post

AS Dakwa Rusia Serang Hendap Ukraine Pukul 5 Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd