• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Bayaran UPUOnline Diteruskan

oleh AK-47
03/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/.

Beliau berkata tempoh permohonan ditetapkan bermula esok (4 Februari) hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

-Harian Metro

Tags: UPUOnline
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Fasa Kedua UPUOnline® Dan Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024)

Permohonan Fasa Kedua UPUOnline® Dan Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024)

29/04/2024
1

Permohonan Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di...

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum Esok

25/06/2019
0

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan Diploma ke universiti awam (UA) bagi lepasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd