• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Akibatkan 4 Sekeluarga Maut Dituduh Membunuh

oleh AK-47
04/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG : Pemandu lelaki didapati positif dadah yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer (KM) 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), di sini, akan dituduh di Mahkamah Majistret Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 44 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Kertas siasatan kes terbabit diambil alih oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong dan suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Bentong jam 9 pagi ini.

“Atas arahan Timbalan Pendakwa Raya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh empat individu (dalam kemalangan itu),” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan suspek direman untuk siasatan lanjut selepas selesai menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh.

Zaiham dipetik berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di dalam kenderaan dinaiki suspek yang mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah menemui satu tiub straw lutsinar mengandungi syabu.

Dalam kemalangan jam 2.30 petang pada 28 Januari lalu, suri rumah Raihan Mohamad, 43, maut bersama tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4.

Mangsa dalam perjalanan mahu menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dinaiki mereka dari Gua Musang itu dirempuh pacuan empat roda Nissan Navara dipandu suspek.

-Berita Harian

Tags: Dituduh Membunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd