Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perpaduan UMNO 1...

POKOK SENA – Kerajaan perpaduan yang dicanang-canangkan oleh pimpinan UMNO telah menunjukkan parti...

Tengkolok Diraja: ‘Dendam Tak...

KUALA LUMPUR - Seni lipatan atau solek Tengkolok Diraja - 'Dendam Tak Sudah'...

Bekas Sami Buddha Kini...

PELIK tetapi benar - itulah yang berlaku apabila Mimi Tao, 23, seorang bekas sami Buddha...

Kontroversi Banglo & Tanah...

GEORGE TOWN - Kontroversi pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang menjadi perdebatan...

Pelanggaran Bot: Terengganu Mahu Siasatan Terperinci

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri Terengganu mahu satu siasatan terperinci dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia dan polis berhubung insiden pelanggaran sebuah bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman, berkata isu keselamatan dan keselesaan pelancong ke pulau peranginan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri, sehubungan itu punca kejadian perlu dikenal pasti agar kejadian sama tidak berulang.

Beliau berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan di sekitar muara sungai adalah luas, dan kejadian seumpama itu akan menimbulkan persepsi negatif pelancong terhadap ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada dalam bot.

“Jika disebabkan kecuaian pemandu bot, tindakan sewajarnya patut diambil sebagai iktibar semua pihak agar lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Isnin lepas, bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang, dilaporkan berlanggar dengan sebuah bot yang dinaiki tiga nelayan di kawasan muara Sungai Besut berhampiran jeti.

Akibat pelanggaran, kesemua penumpang serta kru bot pelancong dan bot nelayan itu terjatuh ke dalam sungai, dan mereka berjaya diselamatkan oleh petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.


Ketika ini tujuh penumpang bot pelancong yang terdiri daripada dua dewasa dan lima kanak-kanak berusia empat hingga 70 tahun masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ariffin berkata, kerajaan negeri kesal dan kecewa dengan insiden itu kerana berdasarkan siasatan awal, Jabatan Laut Malaysia mendapati bot pelancong berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Bot pelancong itu didapati membawa penumpang berlebihan iaitu seramai 29 orang, berbanding 12 yang dibenarkan. Ini tidak sepatutnya berlaku, pengusaha bot tidak boleh mengambil peluang meraih keuntungan berlebihan kerana ini membabitkan keselamatan nyawa pelancong.

“Begitu juga dengan pemakaian jaket keselamatan, ia adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha bot dan saya berharap pemantauan lebih ketat akan dilakukan selepas ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori