Nama penuh parti baru Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Parti Ikatan Demokratik Malaysia.
Tiada satu patah perkataan ‘muda’ dalam nama parti itu, tetapi Syed Saddiq kata itu parti orang muda.
Orang muda kena hati-hati dengan mainan persepsi itu. Silap langkah kena orang muda kencing lagi.
Macam kena kencing pasal penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kepada negeri Kelantan.
Gebang hebat dialah bekas Menteri yang mengembalikan semula hak penganjuran sukan kepada Kelantan.
Seolah-olah BN semasa mentadbir negara sangat jahat kepada negeri-negeri pembangkang.
Rupa-rupanya kerajaan Kelantan yang menolak gilirannya untuk menganjurkan SUKMA kerana beberapa kekangan.
Yang mendedahkannya pun bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Jadi orang muda mahu konfius apa lagi tentang Syed Saddiq memutarbelitkan fakta.
Jika fakta sebegitu beliau sanggup putar belit apatah lagi memutarbelit tentang partinya sendiri.
Mynewshub-