• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantai Kijal Catat Empat Kes Kematian Penyu

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN : Pantai Kijal di sini merekodkan empat kes kematian penyu susulan penemuan seekor lagi bangkai reptilia marin berkenaan, hari ini.

Pemajak telur, Roslan Muhammad, 54, berkata, bangkai penyu jantan dianggarkan berusia antara 60 hingga 80 tahun itu ditemukan pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, penemuan terbaharu itu kurang 48 jam selepas bangkai anak penyu betina ditemukan pagi semalam.

“Sepanjang 15 tahun menjadi pemajak telur, saya sudah biasa jumpa bangkai penyu tetapi kematian berturut-turut sejak bulan lalu cukup membimbangkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Roslan, pemerhatian mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian badan haiwan berkenaan, dipercayai akibat tersangkut pada pukat nelayan.

Sebelum ini pada 14 Februari Utusan Malaysia melapor seekor penyu terdampar mati di Pantai Kijal, di sini dua minggu lalu, hari ini seekor lagi bangkai reptilia marin berkenaan ditemukan di lokasi sama.

Penyu Betina

Pemajak telur, Roslan Muhammad, 54, berkata, bangkai anak penyu betina itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi sebelum ini, pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, kejadian berkenaan disedari ketika melakukan aktiviti mengutip telur dan terkejut melihat penyu terdampar di pasir.

“Saya ingatkan penyu itu masih hidup kerana tiada kecederaan teruk, tetapi apabila diperiksa, rupa-rupanya telah mati.

“Penyu berusia kira-kira dua tahun ini mungkin mati kerana terperangkap dalam pukat dan ada kesan retak pada kepalanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslan yang menjadi pemajak lebih 15 tahun lalu berkata, penemuan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak perikanan sebelum mengambil inisiatif menanam penyu itu.

-Utusan Online

Tags: Kes Kematian PenyuPantai Kijalpenyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

31 Kematian Penyu Di Terengganu Dalam Tempoh Tiga Bulan

01/04/2022
0

Dungun : Sebanyak 31 ekor penyu ditemui mati di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd