• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Sumbang Lebih RM500,000 Inisiatif I-Suri KWSP

oleh Mohd Arshad
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Kerajaan negeri menyumbang RM527,640 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melayakkan 8,794 orang suri rumah dan wanita ketua isi rumah (KIR) di negeri itu yang berdaftar dengan e-Kasih menerima skim i-Suri.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah sumbangan berkenaan adalah caruman bagi setahun dengan setiap penerima akan menerima RM5 sebulan atau RM60 setahun.

“Menerusi caruman ini, pencarum secara automatik layak untuk menerima caruman berjumlah RM40 sebulan daripada pihak KWSP melalui skim i-Suri.

“Pencarum juga turut menerima faedah daripada KWSP dalam bentuk dividen tahunan, bantuan khairat kematian berjumlah RM2,500 dan bantuan hilang upaya berjumlah RM5,000.

“Ini adalah tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan kerajaan negeri sejak 2020 dengan pencarum di bawah inisiatif ini mempunyai jumlah caruman RM1,081.05 hasil daripada sumbangan RM60 setahun daripada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas penyerahan cek contoh Bantuan Caruman i-Suri kepada KWSP di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malek dan Ketua Pengarah Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Aminuddin berkata, jumlah berkenaan tidak termasuk dividen bagi 2021 yang akan diisytiharkan tidak lama lagi, sumbangan kerajaan negeri bagi 2022 serta insentif RM480 Kerajaan Persekutuan bagi 2022.

“Kerajaan negeri berharap dengan sumbangan ini, golongan suri rumah serta ibu tunggal khususnya daripada golongan yang kurang berkemampuan terbela sewaktu mereka meniti usia tua kelak,” katanya.

Pada majlis yang sama, KWSP Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada kerajaan negeri dalam usaha menangani situasi pasca banjir di negeri itu.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada pihak KWSP atas keprihatinan terhadap mangsa bencana itu pada Disember dan awal tahun ini,” katanya.

Inisiatif i-Suri disediakan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati ahli KWSP.

Skim berkenaan menjadi sebahagian daripada inisiatif caruman sukarela KWSP yang ditubuhkan untuk golongan bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap.

Insentif itu juga selaras fokus KWSP untuk mengurangkan jurang pendapatan serta keselamatan sosial rakyat.

-Harian Metro

Tags: Inisiatif I-Suri KWSPKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd