• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Tarik Diri Sebelum Aksi Menentang Malaysia

oleh AK-47
15/02/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, jam 5 petang ini selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan.

Penarikan diri itu dibuat Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF) susulan komplikasi COVID-19 yang melanda pasukan kendalian Velizar Popov.

Perkembangan itu diumumkan Presiden AFF, Mejar Gen Khiev Sameth menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Dukacitanya dimaklumkan pasukan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan B-23 AFF 2022. Kami memahami pasukan sememangnya bersemangat untuk memulakan kempen dan penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pasukan masing-masing.

“Namun atas dasar kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terbabit, kami faham keputusan yang terpaksa diambil.

“Kami mendoakan mereka yang dijangkiti dapat sembuh dengan segera,” kata Khiev Sameth.

Pasukan terbabit sentiasa menjalani ujian sebelum dan selepas di Kemboja namun susulan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam kalangan pemain, penarikan diri terpaksa dibuat untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pemain dan pegawai yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat juga diletakkan dalam pengasingan untuk tujuan pemerhatian.

Pasukan itu sepatutnya turun berdepan Malaysia untuk aksi pertama Kumpulan B, petang ini.

Susulan penarikan diri pasukan bimbingan Popov itu, perlawanan terbabit dibatalkan.

-Berita Harian

Tags: AFFMyanmartarik diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd