• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Semakan Kehakiman

oleh AK-47
21/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman walaupun bagi perkara berkaitan undang-undang agama Islam.

Panel sembilan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membaca keputusannya memutuskan demikian selepas mendapati Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya mendapati Seksyen 66A enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu terbatal. Ini kerana ia merupakan satu peruntukan berlandaskan Majlis PErundangan Negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang,” katanya.

Tiada sebarang perintah dibuat berkenaan kos.

Seksyen 66A sebelum ini menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah, boleh, demi kepentingan keadilan, atas permohonan mana-mana orang, menggunakan bidang kuasanya untuk mendengar dan membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan yang dibuat oleh majlis atau jawatankuasa dalam menjalankan tugas di bawah enakmen tersebut.

Pada 21 Januari 2020, SIS Forum memfailkan notis usul antara lainnya memohon deklarasi bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagai tidak sah.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan Pengarah Eksekutif SIS Forum (Malaysia), Rozana Mohd. Isa, DUN Selangor tiada kuasa untuk menggubal Seksyen 66A kerana Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan ia menggubal undang-undang berkaitan Syariah ke atas orang yang menganut agama Islam.

Katanya, Seksyen 66A sebaliknya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Selangor ke atas jawantakuasa fatwa dan majlis agama, yang bukan merupakan “orang yang menganut agama Islam”.

SIS juga memohon deklarasi bahawa sub-definisi “orang Islam” dalam Seksyen 2 Enakmen 2003 – dalam sub-perenggan b,c d, dan f – dan frasa “dan termasuklah Majlis Agama Islam Selangor…” sebagai tidak sah.

Pada 27 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS terhadap fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan NGO itu sebagai sesat atas alasan hanya Mahkamah Syariah Selangor boleh menentukan tindakan undang-undang terhadap fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri.

Mahkamah Tinggi dalam keputusannya turut menyatakan Seksyen 66A adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatan kuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Bagaimanapun, pada 22 September 2020, SIS Forum beroleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mencabar seksyen tersebut.

-Utusan Online

Tags: Mahkamah SyariahSemakan Kehakiman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Sedia Bekerjasama Jika MUDA Kongsi Manifesto Sama, Kata Anwar

Next Post

MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

Related Posts

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

Kelantan Gubal RUU Pentadbiran Mahkamah Syariah Baharu

04/06/2024
1

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah...

Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan

Aminah Fail Kebenaran Semakan Kehakiman, Tuntut Kerajaan Segerakan Pelarasan Pencen, Bayar Tunggakan

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pesara perkhidmatan awam, Aminah Ahmad memohon kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa kerajaan...

Next Post

MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd