• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAFI Tidak Bercadang Henti Import Ayam Bulat Sejuk Beku

oleh Mohd Arshad
12/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) tidak bercadang untuk mengurang atau menghentikan import ayam bulat sejuk beku di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pemberian subsidi sebanyak 60 sen sekilogram kepada penternak tempatan, namun bekalan ayam import dapat menampung kekurangan ayam pada masa ini.

Menurutnya, langkah itu juga mampu membantu menurunkan lagi harga pasaran dengan kadar siling ditetapkan adalah RM8.90 sekilogram sekali gus menstabilkan harga serta bekalan ayam.

Katanya, kerajaan juga telah mengambil tindakan yang tepat dengan memberi kelulusan kepada empat buah pasar raya untuk mengimport ayam bulat sejuk beku.

“Pasar raya itu boleh import dan jual terus ayam mereka.

“Tindakan ini boleh menurunkan lagi harga runcit ayam kerana mereka tidak perlu melalui orang tengah dan terus jual kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bekalan makanan haiwan kepada jabatan dan agensi di bawah program MAFI prihatin di Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini juga bekalan ayam dalam negara mencukupi dengan kadar sara diri (SSL) berada pada tahap 104 peratus.

Menurutnya, pengusaha ternakan ayam diminta tidak mengurangkan bekalan eksport bagi mengelakkan kerugian negara dalam jangka masa panjang.

“Kalau kita kurangkan, pengimport akan mencari sumber lain.

“Pengeksport juga telah menandatangi perjanjian jangka masa panjang, jadi tidak boleh sewenang-wenang menghentikan bekalan,” katanya.

-Awani

Tags: Ayam Bulat Sejuk BekuAyam ImportMAFI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

08/09/2022
0

KEPALA BATAS - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap peruntukan kementerian itu akan meningkat pada Bajet 2023, bagi membolehkan...

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

29/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd