• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan, Kebakaran Kilang Petrokimia Kejutkan Penduduk Pasir Gudang

oleh AK-47
24/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG: Penduduk di sekitar Tanjung Langsat di sini dikejutkan dengan kejadian letupan dan kebakaran sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat di sini, petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Abdul Rahman Azezulkifle Sahimi, berkata pihaknya menerima laporan jam 5.16 petang.

Katanya, tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Larkin dan Johor Jaya segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.

Katanya tindakan kawalan dan pemadaman sedang dilakukan sehingga kini.

Beliau berkata, punca kebakaran, anggaran kerugian serta jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

Kejadian itu turut mendapat perhatian warga Singapura terutama yang tinggal di Pasir Ris dan Punggol, yang dapat melihat asap tebal dan api yang terhasil daripada letupan berkenaan dengan jelas.

Media di negara itu, termasuk CNA juga berkongsi gambar serta rakaman video kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata beliau dimaklumkan pasukan bomba, kejadian itu tidak melibatkan kematian namun dua pekerja kilang melecur di tangan.

Katanya, pasukan bomba juga memaklumkan keadaan adalah terkawal dengan pasukan bomba kini menjalankan kerja penyejukan tangki dan memadamkan kebakaran saluran paip.

“Saya menyeru supaya penduduk-penduduk di Pasir Gudang yang meliputi dua kawasan Parlimen yang bersebelahan iaitu Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang supaya tidak panik dan cemas.

“Ikuti perkembangan semasa tentang kebakaran kilang berkenaan dari sumber yang rasmi iaitu pihak bomba dan polis,” katanya.

Awani-

Tags: kebakaran kilangletupan kilangpasir gudang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

Tunku Mahkota Ismail Hadir Jamuan Teh Bersama Rakyat

09/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Johor Bahru, Pontian,...

Sembilan Maut Kebakaran Kilang Di Taiwan

Sembilan Maut Kebakaran Kilang Di Taiwan

24/09/2023
0

PINGTUNG : Dua lagi mayat ditemukan pada Ahad, lebih 24 jam selepas kebakaran kilang dan letupan di sebuah taman perindustrian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd