• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Ditembak Pada Malam Tahun Baharu Cina

oleh AK-47
01/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dengan kira-kira 12 kesan tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Baru, Perai di sini malam tadi.

Mangsa berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 8.45 malam ketika rata-rata masyarakat berketurunan Cina sedang makan besar di rumah masing-masing pada malam Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga kondominium itu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat jumlah das tembakan yang terkena mangsa, namun sebanyak 12 kelongsong peluru ditemui di sekitar mayat mangsa.

“Mangsa dipercayai diserang dua suspek bersenjatakan pistol.

“Mangsa juga dipercayai menyewa kondominium ini sejak kira-kira lima bulan lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah bermotifkan dendam berikutan mangsa turut didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah.

-Kosmo Online

Tags: Malam Tahun Baharu CinaMati Ditembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Ditembak

05/06/2022
0

PASIR MAS : Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd