• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lalitha Tidak Boleh Dipercayai : Azam Baki

oleh AK-47
15/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mempersoalkan bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam yang mendakwa mempunyai hubungan kerjaya yang baik dengannya dan kakitangan SPRM.

Azam melalui jawapan kepada pernyataan pembelaan Lalitha, menafikan dakwaan hubungan baik itu dan menegaskan jika ia benar, sepatutnya akan memudahkan lagi kerja wanita itu untuk mendapatkan pengesahan daripadanya sebelum mengarang serta menerbitkan artikel dan ciapan fitnah berkenaan.

“Sebaliknya, defendan mengarang, menerbitkan dan menerbitkan semula artikel serta ciapan itu tanpa mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada saya terlebih dulu.

“Pernyataan defendan di sini jelas bertujuan mengelirukan mahkamah dengan mendakwa kononnya dia (Lalitha) mempunyai hubungan kerja yang baik dengan saya dan kakitangan saya sedangkan saya dan SPRM tidak pernah mempunyai sebarang hubungan kerja secara peribadi dengannya.

“Defendan juga tidak memberikan sebarang butiran berkenaan nombor pemberi maklumat yang sepatutnya beliau miliki selaku seorang pemberi maklumat berdaftar dengan pihak berkuasa,” katanya dalam dokumen jawapan kepada pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini.

Azam berkata, sebagai ‘wartawan penyiasat’, Lalitha sepatutnya perlu mendapatkan maklumat penuh atau sekurang-kurangnya nama penuh pegawai dikenali sebagai ‘Hong’ dan nombor pemberi maklumat diberikan pihak berkuasa (seperti didakwanya dalam pernyataan pembelaan).

Katanya, pernyataan defendan mencerminkan kredibiliti Lalitha yang tidak boleh dipercayai dan bukan seorang wartawan penyiasat seperti diakui olehnya.

Melalui saman difailkan pada 12 Januari lalu, Azam melalui pernyataan tuntutan menegaskan tindakan Lalitha menulis dan menyiarkan dua artikel memfitnahnya, seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong yang melantiknya mengikut undang-undang.

Azam berkata, kenyataan fitnah dalam dua artikel itu seolah-olah bermaksud beliau menerima kenaikan pangkat tanpa melalui sebarang proses wajar, sedangkan sudah berkhidmat dengan SPRM sejak 1984 dan hanya dilantik ke pangkat tertinggi selepas hampir 30 tahun berkhidmat dengan SPRM.

Beliau berkata, kenyataan itu memfitnah SPRM secara keseluruhannya seolah-olah agensi itu tidak mempunyai sebarang proses wajar dalam isu kenaikan pangkat.

Azam berkata, artikel diterbitkan pada Oktober dan Disember tahun lalu di portal Independent News Service (INS) juga secara tidak langsung menggambarkan beliau dan adiknya menyokong politik berhaluan kiri serta aktiviti menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, kenyataan yang mengaitkannya dengan pemilikan saham secara salah, turut memfitnah dan mencemarkan serta berniat menjatuhkan agensi penguatkuasaan berkenaan.

Dalam tuntutan samannya, Azam memohon injuksi bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah itu diterbitkan semula.

Beliau turut memohon defendan memadamkan artikel dan ciapan serta menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi teruk, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Lalitha memberitahu media bahawa pengurusan kes ditetapkan pada 8 Mac ini.

-Berita Harian

Tags: Azam BakiLalitha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Aktiviti Air, Monsun Timur Laut Belum Berakhir

Next Post

Tun M Tulis Surat Kepada Pengundi Johor

Related Posts

SPRM Tak ‘Pilih Bulu’, Wartawan Atau Ahli Politik Tiada Pengecualian – Azam Baki

SPRM Tak ‘Pilih Bulu’, Wartawan Atau Ahli Politik Tiada Pengecualian – Azam Baki

02/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan pihaknya tidak pernah bersikap 'pilih bulu'...

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

Azam Sahkan SPRM Menahan Petugas Media Malam Tadi

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan seorang petugas media di...

Next Post

Tun M Tulis Surat Kepada Pengundi Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd