• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Setuju SOP PRN Johor, Yakin Tiada Peningkatan Kes – Khairy

oleh AK-47
17/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan dan bersetuju dengan semua prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya yakin jika SOP tersebut dipatuhi, ia mampu mencegah peningkatan mendadak kes COVID-19.

“Untuk PRN Johor, saya serahkan kepada SPR untuk umumkan, KKM telah membuat syor dan cadangan kita.

“Kita sudah bersetuju dengan semua yang dibentangkan dan saya percaya dan yakin, SOP ini jika dipatuhi iaa dalah mencukupi untuk mencegah peningkatan kes,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Dari segi liputan vaksinasi, Khairy berkata sebanyak 80 peratus mereka yang berusia 12 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin di negeri itu.

Bagaimanapun, KKM ketika ini jelasnya sedang memberi tumpuan untuk meningkatkan peratusan pemberian dos penggalak dalam kalangan dewasa di Johor.

Ia termasuk di dua daerah yang menunjukkan peratusan terendah iaitu Mersing 35 peratus dan Pontian (39 peratus).

Terdahulu, Khairy memaklumkan kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,269 kes setakat 16 Februari.

Daripada jumlah tersebut, 428 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; manakala 841 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

-Awani

Tags: Covid-19KKMPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd