• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dana 1MDB: Leissner Saksi Utama Pendakwaan Terhadap Roger Ng

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK : Dua bekas pegawai Goldman Sachs dijadualkan hadir ke mahkamah sama di Brooklyn, hari ini, berhubung perbicaraan kes pengubahan wang haram yang membabitkan ratusan juta dolar hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendakwa raya akan memanggil saksi utama mereka yang juga bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner, pada perbicaraan membabitkan bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng.

Leissner berkemungkinan akan disoal oleh kerajaan berhubung dakwaan pembabitan Ng dalam skim untuk menggelapkan sebahagian dana terbabit, menggunakan sebahagiannya untuk merasuah pegawai dan menyimpan sebahagian lagi untuk diri sendiri.

Sebelum ini, pendakwa raya menjelaskan bahawa keterangan Leissner akan disokong oleh bukti lain.

“Dia akan memberi pandangan dalaman mengenai skim penggubahan wang haram serta rasuah ini,” kata pendakwa raya, Brent Wible, di mahkamah, Isnin lalu.

Ng, 49, berdepan pertuduhan konspirasi berkait pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah.

Pendakwa raya dalam kenyataan pembukaan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Isnin lalu, berkata Ng didakwa menerima jutaan dolar wang sogokan kerana membantu menggelapkan dana 1MDB.

Sebelum ini, Ng mengaku tidak bersalah dan peguamnya, Marc Agnifilo, dalam kenyataan pembukaan berkata anak guamnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam skim itu yang didakwa dilakukan Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Agnifilo mendakwa Leissner berbohong kepada pendakwa raya mengenai pembabitan Ng, dalam usaha untuk meringankan hukuman ke atas dirinya.

Pada 2018, Leissner, 52, mengaku bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah, serta bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan kerajaan. Dia masih belum dijatuhi hukuman.

-Berita Harian

Tags: Kes Dana 1MDBLeissnerpendakwaanRoger Ngsaksi utama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gajah Mati Disyaki Termakan Baja Atau Racun

Next Post

Empat Ditahan Kes Bunuh, Bakar

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

Polis Belum Tentukan Bentuk Pertuduhan Terhadap Roger Ng – Saifuddin

09/10/2023
0

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menentukan sebarang bentuk pertuduhan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong...

Next Post

Empat Ditahan Kes Bunuh, Bakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd