• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Akan Naik Mendadak – Khairy

oleh Mohd Arshad
05/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid-19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

Beliau mengambil contoh bagaimana Singapura mencatatkan 4,297 kes baharu pada 3 Februari lalu tetapi jumlah itu naik sehingga ke 13,208 kes semalam.

“Kes kita juga akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

“Gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta. Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Semalam, jumlah terbaru kes Covid-19 melonjak dengan ketara apabila mencatatkan 7,234 kes, meningkat dengan mendadak berbanding 5,720 kes pada 3 Februari.

Ini pertama kali jumlah kes Covid-19 melepasi 7,000 kes selepas kali terakhir jumlah itu dicatatkan pada Oktober tahun lalu.

Malah, jumlah kes Covid-19 menunjukkan peningkatan semula sejak Januari lalu yang hanya berada pada paras 2,000 hingga 3,000 kes.

Ini meskipun jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 kini mencecah 12.1 juta orang atau 51.9 peratus setakat ini.

-Utusan Online

Tags: Covid-19kes COVID-19Naik Mendadak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd