Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Wayne Rooney Atlit Bawah...

WAYNE Rooney satu nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak.Terbaharu, Kapten...

Meteorologi Nafi Malaysia Dilanda...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (Meteorologi) menafikan Malaysia sedang dilanda Fenomena Ekuinoks...

Nahas Pesawat AirAsia, Lebih...

Laporan media Indonesia mengatakan lebih 40 mayat telah ditemui di kawasan serpihan pesawat...

Jom Layan… Gambar Anzalna...

MASUK penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka...

Kes Bayi Maut Ditikam: Polis Cari Mohammad Hazuarie Bantu Siasatan

KEMAMAN: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kes rogol remaja perempuan bawah umur yang terbabit dalam pembunuhan bayi lelaki baru dilahirkan di daerah ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata suspek yang berusia 20 tahun dipercayai telah melarikan diri ke bahagian utara negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342.

“Ia bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 kanun keseksaan,” katanya di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hanyan berkata, polis mencari seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, beralamat terakhir di Bandar Seri Bandi, Kemaman, bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Pada Selasa seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai ibunya.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori