• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Adun Pasir Bedamar, Polis Tunggu Arahan Peguam Negara

oleh Mohd Arshad
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Polis Pulau Pinang kini menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AG) berhubung keputusan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan yang lengkap sudah diserah pihaknya kepada Pejabat Pendakwaan Negeri pada 3 Februari lalu.

“Antara laporan yang dikemukakan termasuk laporan patologi.

“Pada masa ini kami belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada AG bagi tindakan pendakwaan atau sebaliknya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa ADUN terbabit mengakui mengenai penahanannya dalam serbuan polis di sebuah restoran di Perai di sini, pada pertengahan Januari lalu.

Terence ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan awal air kencing mereka positif dadah.

Terence membuat laporan polis sejurus dibebaskan dan mendakwa dia dihidang dengan minuman aneh ketika hadir ke perjumpaan serta makan malam sempena Tahun Baharu Cina itu.

-Harian Metro

Tags: Kes Adun Pasir BedamarPeguam Negarapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd