• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ivermectin Tidak Berkesan Cegah Gejala Teruk COVID-19 – Kajian Penyelidik Malaysia

oleh Mohd Arshad
20/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Satu kajian dijalankan di Malaysia mendapati Ivermectin tidak berkesan menyembuhkan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala teruk.

Dapatan ujian klinikal secara rawak itu diterbitkan jurnal Jama Internal Medicine, pada Jumaat.

Laporan Reuters yang memetik penyelidik Malaysia sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.

Sampel kajian merangkumi 490 pesakit terdiri daripada 223 lelaki dan 267 wanita berusia 50 tahun ke atas dengan penyakit komorbid di 20 hospital dan pusat kuarantin COVID-19 di Malaysia.

Kesemua mereka semua telah dijangkiti COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana.

Seramai 241 orang diberikan Ivermectin secara harian untuk tempoh lima hari, manakala 249 pesakit pula diberikan rawatan standard.

Sepanjang lima hari pemberian Ivermectin iaitu pada minggu pertama dijangkiti COVID-19, ia dikesan tidak mengurangkan risiko mendapat gejala teruk.

Gejala teruk berkembang dalam 21.6 peratus pesakit yang diberi Ivermectin, dan dalam 17.3 peratus daripada mereka yang hanya menerima penjagaan standard, kata penyelidik.

Mereka mendefinisikan gejala teruk sebagai memerlukan oksigen untuk membantu pernafasan.

Menurut kajian itu, tiada perbezaan signifikan secara statistik antara kumpulan dalam kadar kemasukan unit rawatan rapi (ICU), keperluan untuk penggunaan mesin ventilator, atau kematian.

Dapatan lengkap kajian boleh dibaca di sini: https://jamanetwork.com/journals/jamainternalmedicine/fullarticle/2789362

Sementara itu, penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 juga kini sedang dikaji dalam ujian di United Kingdom yang dijalankan Universiti Oxford.

Penyelidik Oxford berkata mereka tidak mahu mengulas sehingga beroleh keputusan untuk dilaporkan.

-Awani

Tags: Covid-19Gejala TerukIvermectin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UiTM, PTPTN Jalin Kerjasama Tingkatkan Literasi Kewangan, Keusahawanan

Next Post

Salah Faham, Lelaki Tikam Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Salah Faham, Lelaki Tikam Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd