• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Mara: Siasatan 5 Pegawai Kanan Dijangka Siap Minggu Ini – SPRM

oleh Mohd Arshad
13/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Siasatan mengaitkan isu integriti dan salah guna kuasa lima pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dijangka siap dalam minggu ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu, hasil siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya kemungkinan besar pada minggu hadapan, untuk tindakan susulan.

Katanya, siasatan masih berjalan dengan sekurang-kurangnya 14 saksi lagi termasuk Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MARA Corporation (MARA Corp), pengurusan MARA dan pegawai bank akan dipanggil bermula Isnin.

“Lima pegawai kanan (MARA) telah direkodkan keterangan dan selesai awal pagi semalam. Jadi buat masa ini, pegawai-pegawai kami sedang meneliti semula penjelasan yang diberikan mereka.

“Kita juga akan kaji keterangan saksi-saksi yang lain, kemungkinan kita akan memanggil semula saksi-saksi semula jika perlu sebagai penjelasan kepada dokumen-dokueman yang dikemukakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.

Media melaporkan, lima pegawai kanan Mara telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pada Jumaat.

Setakat ini, SPRM sudah memanggil 14 saksi meliputi Lembaga Pengarah MARA Corporation (MARA Corp), kakitangan dari pengurusan MARA Corp, pegawai MARA, syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.

Isnin lalu, sepasukan pegawai SPRM turut menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan agensi bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu bagi membantu siasatan.

-Awani

Tags: Isu MARApegawai kananSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd