• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Air Mentah: Pulau Pinang, Perak Adakan Perbincangan 1 Mac

oleh Mohd Arshad
21/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak dijangka akan mengadakan satu mesyuarat pada 1 Mac ini bagi membincangkan mengenai pembekalan air mentah dari Sungai Perak, seperti yang dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang sebenarnya sudah merangka pelan kontingensi air dan kajian telah dilakukan seawal 2009 untuk mendapatkan sumber air yang alternatif menjelang 2025.

Menurutnya, kajian itu telah mengenal pasti Sungai Perak sebagai satu alternatif air mentah dan perkara itu turut disedari oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

“Sebenarnya perbincangan itu patut diadakan minggu lepas namun ada kes COVID-19, perbincangan itu ditunda kepada 1 Mac dan akan diadakan di Perak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Projek SPRWTS dicadangkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk memanfaatkan sumber air kedua Pulau Pinang di Sungai Perak untuk memenuhi keperluan permintaan air pada masa hadapan bagi Pulau Pinang dan utara Perak sehingga tahun 2025.

Pada 2019, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP bercadang untuk membeli air mentah dari Sungai Perak tetapi Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu menjual air terawat.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ketika itu mempertimbangkan kedua-dua cadangan oleh kerajaan negeri untuk menentukan pilihan terbaik yang akan menawarkan faedah bersama termasuk pilihan ketiga iaitu ‘hibrid’ yang menggabungkan pemindahan air mentah dan air terawat ke Pulau Pinang dan infrastruktur bekalan air Perak.

Sementara itu, Chow berkata pihaknya tidak menerima sebarang perkembangan terbaru dari Kedah berhubung tindakan negeri itu melantik panel peguam bagi menguruskan tuntutan caj air mentah terhadap Pulau Pinang.

“Setakat ini tiada apa-apa diterima secara rasmi mengenai tuntutan dan tindakan Kerajaan Kedah,” katanya.

Pada Januari lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah dilaporkan melantik panel peguam untuk membuktikan kerajaan negeri itu sangat serius dalam isu caj air mentah terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, setelah sekian lama permintaan tidak diendahkan negeri itu.

Bernama-

Tags: bekalan air mentahPerakPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd