• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HKK 2022 Sasar RM10 Juta Jualan Kraf Tempatan

oleh AK-47
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seramai 300 usahawan dan komuniti kraf dari seluruh negara menjayakan Hari Kraf Kebangsaan 2022 (HKK 2022), yang berlangsung dari 23 Februari hingga 7 Mac depan.

Mereka mengetengahkan pelbagai hasil kraf, termasuk hasil tekstil, rimba, logam dan tanah, pada acara yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di sini, dengan tema Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia,

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Aididah Ibrahim, berkata sambutan HKK ke-19 itu adalah acara tahunan yang sentiasa dinantikan oleh semua golongan masyarakat yang meminati dan menghargai produk seni kraf tangan tempatan.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan nilai jualan sebanyak RM10 juta, dengan sasaran pengunjung seramai 30,000 orang sepanjang acara 13 hari itu.

“Penganjuran HKK 2022 pada kali ini diharap dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada usahawan serta komuniti kraf kerana dapat memasarkan produk secara fizikal selepas perniagaan terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Majlis perasmian HKK disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Aididah berkata, dengan tema Kraf Mewarnai Keluarga Malaysia, ia menggambarkan keunikan dan keindahan produk kraf yang dapat menceriakan kehidupan Keluarga Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Malah, penghasilan produk kraf ini dapat membantu menjana pendapatan, selari dangan aspirasi kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai produk baharu di bawah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) juga ditampilkan kali ini.

Katanya, produk baharu itu mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan, termasuk hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah serta pelengkap majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat di negara ini.

Bagi memeriahkan lagi sambutan HKK 2022, beliau berkata, Kraftangan Malaysia juga mengadakan pameran Koleksi Pakaian Ke Bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Pameran Tokoh Kraf Negara 2022 dan Pameran Khas – Ratu Kain (Tekstil Songket).

Selain itu, Pameran MYCRAFTSHOPEE, Pameran Institut Kraf Negara, Pameran Seni Kraf Anyaman, Pameran Produk Baharu, Pameran Produk Komuniti Kraf serta Tokoh Kraf dan Diorama Teknik Pembuatan Kraf Tradisional.

“Kita juga menyajikan demonstrasi Kraf Kembang Api dan demonstrasi masakan cita rasa Keluarga Malaysia, Seminar Kraf, Interaktif Kraf (anyaman, batik, tenunan, Studio Kraf Kreatif, Eksplorasi Adiguru Kraf, Persembahan Kesenian, Fun Kraf Batik Ikat dan Celup serta Khidmat Iring.

“Diharap pengisian semua aktiviti ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung serta meningkatkan kesedaran juga kecintaan terhadap keindahan dan keunikan produk kraf tempatan,” katanya.

Terdahulu, Anugerah Tokoh Kraf Negara 2022 diberikan kepada Adiguru Kraf Ukiran Halus dari Syarikat Seni Ukir Bakawali, Terengganu, Norhaiza Noordin.

Beliau menerima pingat, sijil watikah pelantikan, sepersalinan songket, wang tunai RM60,000 dan kemudahan perubatan kelas pertama hospital kerajaan.

Selain itu, Anugerah Usahawan Kraf Muda menjadi milik Ramtiniwaiti Ramlee dari Syarikat Seri Gedong, Sarawak, manakala Anugerah Usahawan Kraf 2022 diberikan kepada Salmah Abd Aziz dari Syarikat Abas dan Sal Batik, Selangor.

-Berita Harian

Tags: HKKJualan Kraf Tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd